Saturday, December 10, 2016

Usahawan berjaya Tan Sri Lim Goh Tong

USAHAWAN TAN SRI LIM GOH TONG

BIODATA
 Lim Goh Tong dilahirkan pada 28 Februari 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian, China. Bapanya bernama Lim Shi Quan dan ibunya pula bernama Gob Ban. Beliau merupakan anak kelima dari tujuh orang adik beradik yang mempunyai seorang abang yang bernama Jing Ya, tiga orang kakak yang bernama Lim Zhuang, Lim Baudan Lim See, seorang adik perempuan dan adik lelaki iaitu Lim Mei dan Jing Kun. Beliau juga telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Lee Kim Hua dan mempunyai enam orang anak iaitu Lim Siew Lay, Siew Lian, Siew Kim, Tee Keong, Kok Thay dan Chee Wah serta mempunyai 19 orang cucu. Lim Goh Tong juga bersahabat baik dengan Tan Sri Tan Sri Dato’ Loh Booh Siew (Boon Siew Honda) yang mula dikenali ketika menjadi pembekal minyak untuk projek pembinaan Empangan Ayer Itam.
Ciri-ciri perwatakan Lim Goh Tong adalah seorang yang merendah diri, senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja, menepati masa, rajin dan seorang yang dermawan dimana beliau telah mendirikan Yayasan Lim yang mengumpulkan derma dalam membantu institusi pendidikan dan kesihatan serta membantu pesara tentera.
Semasa beliau berusia 16 tahun bapanya telah meninggal dunia sehingga terpaksa menamatkan pelajarannya di sekolah bagi mengambil alih perniagaan ayahnya untuk meringankan beban ahli keluarganya. Namun semasa berumur 19 tahun beliau terpaksa mencari pekerjaan di Malaysia kerana berlaku pergolakan di China. Di Malaysia kerja yang telah dilakukan olehnya adalah sebagai tukang kayu, petani sayur-sayuran dan peniaga kecil-kecilan. Tetapi dengan sikap beliau yang tidak berputus asa beliau dapat memiliki syarikat sendiri iaitu Kien Huat dengan bermodalkan Rm175.

Projek-projek yang telah dilakukan oleh beliau ialah Empangan Ayer Itam di Pulau Pinang dan Pengairan Kemubu. Beliau juga memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 24 juta orang setahun, syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga terbesar di dunia, perniagaan gas dan minyak di Asia serta Eropah.


Penghargaan yang telah dianugerahkan kepada Lim Goh Tong bersama dengan perusahaan Genting Group adalah Malaysian Entrepreneurs Award (1985), Manager of the Year Award 1986), Business Achiever of the Year Award (1994), Number 1 ranking of 10 Malaysian Leading Companies (1996) dan G2E Asia visionary Award (2008). Pada 6 June 1996, beliau telah dianugerahkan gelaran “Tan Sri” dari pemerintah Malaysia daripada sumbangannya membangunkan negara.
Beliau telah meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 semasa berumur 89 tahun pada jam 11.20 pagi kerana sakit tua di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Menurut majalah Forbes Asia, Lim Goh Tong merupakan seorang yang terkaya di Asia Tenggara dengan jumlah kekayaan sebanyak US$ 42.2 billion bersamaan RM160.6 billion ringgit Malaysia pada tahun 2006 sehingga beliau meninggal dunia. Acara menziarahi mayat beliau dilakukan di kediamannya di Goh Tong Villa dan Goh tong Jaya. Manakala majlis pemakaman mayat Tan Sri Lim Goh Tong diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga sahaja di Goh tong Memorial Park, Genting Highlands pada 29 Oktober 2007.
Setelah beliau meninggal, Tan Sri Lim Kok Thay iaitu anak beliau telah mengambil alih pegangan dan pengurusan GentingBerhad.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

1. OPEN RISK TAKER
Kemunculan pusat pelancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Mereka pernah mengatakan bahawa idea tersebut tidak akan kemana dan pelaburannya tidak akan menjanjikan pulangan yang lumayan berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Semasa pembinaan Genting Highlands Resort, beliau telah melalui pelbagai rintangan dan bahaya semata-mata untuk mencapai matlamatnya. Antaranya ialah beliau hampir maut 6 kali. Beliau pernah cedera ringan ditimpa pokok, tergantung dalam jip yang tergelincir dan tersangkut di cerunan dalam, brek kereta tidak makan dan hampir terhumban ke dalam gaung, hampir tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan tanah, kepala ditimpa pokok buluh hingga tergigit lidah dan kepala berdarah-darah, kayu yang melantun dari rempuhan roda mesin penggorek yang tercabut menghentam pinggangnya dengan kuat.
Bukan itu sahaja, beliau tidak memperoleh pendapatan selama 7 tahun lamanya. Selama 7 tahun itu, dari 1965 hinggalah dibuka dengan rasmi pada tahun 1971, Tan Sri Lim Goh Tong telah berbelanja habis-habisan tanpa pulangan satu sen pun. Wang yang telah dibelanjakan untuk membina resort tersebut telah diambil daripada pendapatan Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan, jualan ladang getah seluas 810 hektar di Segamat, Johor dan pelaburan semua wang dari pelombongan besi, hasil kerja sebagai subkontraktor dan perniagaan perkakasan. Disebabkan penggunaan wang yang terlalu banyak, beliau hampir jatuh muflis dan kesihatannya hampir terjejas. Seorang pekerjanya juga maut akibat jatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan yang sedang dibina. Meskipun terdapat pelbagai jenis rintangan yang Tan Sri Lim Goh Tong telah hadapi, beliau tidak pernah berputus asa.

2. VISIONARY
Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan yang visionary. Beliau mempunyai visi untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini. Beliau mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai iaitu membina sebuah kawasan pelancongan yang jauh dari bandar dan terletak di kawasan yang nyaman dan selesa. Beliau mempunyai visi yang terancang dengan memilih kawasan puncak gunung sebagai kawasan pembinaan Genting Highlands Resort kerana beliau mengetahui udara yang nyaman dan selesa di puncak gunung pasti dapat menarik minat pelancong-pelancong untuk mengunjungi ke kawasan pelancongannya. Oleh itu, visi yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong membolehkan beliau mempunyai hala tuju dengan bekerja keras untuk mencapai matlamat beliau iaitu membina sebuah pusat pelancongan yang bertaraf dunia. Akhirnya, Tan Sri Lim Goh Tong telah berjaya mencapai objektif dan matlamatnya sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dikagumi oleh para peniaga.

3. FAILURE IS AN OPTION
Tan Sri Lim Goh Tong selalu memegang prinsip failure is an option. Beliau pernah menghadapi berkali-kali kegagalan dalam kehidupannya. Bagi Tan Sri Lim Goh Tong, kegagalan bukannya satu masalah yang serius, sebaliknya beliau akan menjadikan kegagalan tersebut sebagai iktibar dan pengalaman. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tan Sri Lim Goh Tong menyatakan bahawa kegagalan bukannya satu masalah yang besar, sebaliknya masalah yang paling besar ialah seseorang yang tidak mempunyai ketabahan untuk  bangkit semula dari kegagalan atau kesilapan yang dibuat. Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong telah mengalami berkali-kali kegagalan semasa menjalankan projek Genting Highlands Resort.
Beliau menghadapi masalah untuk mengangkat bahan binaan ke puncak gunung untuk tujuan pembinaan hotel. Beliau juga mengadapi kesusahan untuk membuka jalan yang berhubung ke puncak gunung. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan sentiasa belajar dari kegagalan. Akhirnya, beliau berjaya membina jalan yang berhubung ke puncak gunung dalam tempoh yang dianggap tidak logik iaitu hanya menggunakan masa selama 6 tahun sahaja untuk membina jalan tersebut. Angka ini jauh beza dengan anggaran Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menganggap perlu masa 15 tahun untuk membina jalan tersebut. Ini membuktikan bahawa Tan Sri Lim Goh Tong adalah seorang usahawan yang berani untuk menerima kagagalan. Beliau akan sentiasa belajar dari kesilapan sehinggalah menbolehkan beliau menjadi salah seorang usahawan yang terkaya di Malaysia dan juga terkaya di antara negara Asia.


4. TEAM ORIENTED
Tan Sri Lim Goh Tong juga mempunyai ciri team oriented. Beliau membuat kerja secara berkumpulan bersama dengan pekerja-pekerjanya tanpa mengira pangkat. Beliau bertindak sebagai pengurus projek Genting Highlands Resort, jurutera, buruh dan pengawal kewangan. Tan Sri Lim Goh Tong akan sentiasa mendengar pandangan pekerja-pekerjanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi secara bersama-sama. Sebagai contoh, beliau akan bersama dengan pasukannya merentas hutan rimba dan mendaki gunung untuk sampai ke puncak gunung bagi tujuan membuat penilaian keadaan semasa dan bukannya duduk di pejabat dan memberi arahan kepada pekerjanya sahaja. Beliau sanggup tinggal dalam hutan bersama dengan pasukanya bagi menyiapkan projek Genting Highlands Resort. Beliau akan menganggap pasukannya sebagai aset yang berharga dan selalu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerjanya. Ini membolehkan pekerja-pekerjanya sanggup bekerja keras bersama beliau untuk mencapai cita-citanya.
Di samping itu juga, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang majikan yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap para pekerjaannya. Hal ini dapat dilihat apabila dia amat mementingkan kebajikan dan kepentingan para pekerjanya. Menjaga kebajikan dan kepentingan para pekerja merupakan satu inisiatif kepada majikan untuk mendapatkan pekerja yang berkualiti dan cemerlang dalam melakukan tugasan yang diberikan. Hal ini demikian kerana, mereka akan merasa diri mereka dihargai dan dihormati. Secara tidak langsung, mereka akan melakukan kerja mereka dengan sebaik mungkin. Selain itu, Tan Sri Lim Goh Tong beranggapan bahawa mempunyai pekerja yang setia merupakan satu aset yang sangat berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu pada hari ini adalah merupakan yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka. Selain daripada dapat mengelakan daripada kehilangan pekerja, beliau juga dapat meminimumkan kos melatih pekerja yang disebabkan oleh kehilangan pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman. Beliau juga amat menghargai pekerja-pekerja yang telah bertungkus lumus untuk membantu beliau mencapai matlamatnya dalam projek mega ini.



5. PROACTIVE
            Selainitu, Tan Sri Lim Goh Tong juga merupakan seorang usahawan yang proaktif dalam setiap perkara. Sebagai contoh, beliau seorang yang menepati masa. Sifat ini amat penting kepada seorang usahawan yang berjaya kerana sifat ini menjadikannya sebagai seoarang yang berdisiplin dan memanfaat segala masa yang ada dengan sebaik mungkin. Tan Sri Lim Goh Tong mengamalkan sikap menepati masa. Beliau akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau juga tidak pernah memungkiri janji. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-citanya tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ketempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Melalui sikap ini, beliau telah mendapat kepercayaan daripada orang ramai terutamanya daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti para pelabur, pihak bank dan para pelanggan. Selain itu, beliau pasti dijadikan sebagai contoh oleh para pekerjanya untuk menjadi seorang yang menepati masa dan tidak memungkiri janji dalam kehidupan mereka. Hal ini demikian kerana, ketua merupakan lambing kepada anak buah mereka.
Di samping itu juga, beliau juga seorang yang bekerja keras. Beliau merupakan seorang yang sangat bekerja keras untuk mencapai matlamatnya terutamanya dalam pembinaan Genting Highlands Resort. Tan Sri Lim Goh Tong telah membentuk satu pasukan seramai 20 orang untuk meninjau dan memeriksa keadaan gunung selama 9 hari 9 malam. Beliau dan pasukannya terpaksa merentas hutan rimba tebal mendaki banyak gunung curam dan menyeberangi banya kanak air dan sungai sebelum sampai kepuncak Gunung Kali. Selain daripada itu, hasil kerja keras beliau telah Berjaya menyingkatkan pembinaan jalan masuk yang sepatutnya mengambil masa selama 15 tahun. Sukarnya membina jalan kepuncak hinggakan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati ini untuk membina jalan masuk saja memerlukan masa selama 15 tahun. Tapi atas penilaian semula dan kesanggupan Tan Sri Lim Goh Tong sendiri, tempoh membina jalan disingkatkan dari 15 tahun kepada 6 tahun dan akhirnya kerajaan memutuskan jalan masuk tersebut perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun dengan subsidi sebanyak RM 9,000.00 jika Berjaya menyiapkannya dalam tempoh tersebut. Beliau akhirnya berjaya juga menyiapkan jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik itu.
Bukan itu sahaja, disebabkan tempoh 3 tahun untuk siapkan jalan masuk sangat singkat dan tidak logik, Tan Sri Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa bekerja keras 24 jam 7 hari seminggu yang tidak mempunyai hari rehat, baik hari minggu mahupun hari cuti umum. Selain itu, untuk menjimatkan masa, Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan juga di dalam gua. Kadang-kadang semasa menebas hutan dara yang tebal, ada pekerjanya yang terserempak dengan harimau. Malahan, sepanjang projek ini dijalankan, beliau telah menguruskan segala-galanya termasuklah menjadi pengurus projek, jurutera, pegawai kewangan, buruh serta penyelesai masalah.


No comments:

Post a Comment